Lompatan Mane setara Jordan - Utusan Malaysia

Lompatan Mane setara Jordan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 April – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan lompatan Sadio Mane hampir menyamai lompatan legenda bola keranjang dunia, Michael Jordan selain menyifatkan pemain itu sentiasa menunjukkan kebolehannya menjaringkan gol.

Mane menjaringkan dua gol menerusi tandukan manakala tandukan ketiga terkena palang ketika The Reds membelasah Huddersfield 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Bintang Senegal itu berjaya meledak 20 gol musim ini dan ketinggalan satu gol di belakang rakan sepasukannya, Mohamed Salah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klopp memuji kemampuan Mane dalam perebutan bola di udara yang disifatkan hampir menyamai Jordan dan sekali gus menjadikan pemain berusia 27 tahun itu sebagai antara penjaring prolifik.

“Dia memiliki kebolehan mengubah pemikirannya menjadi pencipta peluang, dia lebih terbuka berbanding sesetengah penyerang yang menunggu peluang tetapi sudah pasti semuanya bergantung kepada diri sendiri.

“Kita dapat lihat dia tidak berdepan masalah bermain sebagai penyerang musim ini. Lihat kebolehannya di udara. Saya tidak pasti siapa yang boleh lompat lebih tinggi selepas Air Jordan.

“Tandukan ketiga, seperti dia sedang berdiri di udara dan terkena palang. Hebat sekali. Kami berada di sini kerana pemain ini sangat baik,” kata Klopp.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini