LONDON 25 April- Pelakon lelaki terbaik Oscar tahun ini, Rami Malek memberi petunjuk bahawa beliau bakal membintangi filem James Bond terbaru yang dijangka ditayangkan sekitar tahun depan.
Rami memberi petunjuk itu menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial.
“Saya berjanji kepada anda semua bahawa saya akan pastikan James Bond berdepan laluan sukar nanti,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Filem itu juga nanti bakal menampilkan Daniel Craig memegang watak James Bond disamping Ralph Fiennes dan Lea Seydoux.- AFP










