PRK Sandakan: Lebih 6,000 pegawai, anggota polis bertugas - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: Lebih 6,000 pegawai, anggota polis bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Lebih 600 pegawai serta anggota polis akan ditugaskan sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan berlangsung bermula hari penamaan calon sehingga penjumlahan undi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, penempatan anggota itu sebagai memastikan proses demokrasi berkenaan berjalan lancar.

“Anggota yang bertugas akan ditempatkan di lokasi strategik selain pusat pengundian dan penjumlahan undi,” katanya kepada pemberita selepas program Town Hall Discussion: Komuniti Sejahtera, Mencegah Jenayah Tanggungjawab Bersama di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Omar bersama Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye menjadi panel jemputan bagi Town Hall Discussion itu.

Omar dalam pada itu menasihatkan semua pihak termasuk anggota parti bertanding agar mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh PRK berjalan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini