KUALA LUMPUR 25 April- Treler membawa muatan besi panjang yang terbalik di Kilometer 434.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari Sungai Buaya menghala ke Rawang dekat sini pagi tadi dipercayai hilang kawalan akibat mengelak dihimpit sebuah lori.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.50 pagi apabila treler yang dipandu dari arah Seberang Prai menghala ke Shah Alam itu hilang kawalan sebelum terbabas.
Jelasnya, berikutan itu, treler terbabit telah melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri sebelum terbalik dan menghalang kesemua lorong di lebuh raya terbabit.
Berita berkaitan:
“Hasil keterangan pemandu treler itu juga mendapati kejadian berpunca kerana mahu mengelak sebuah lori yang menghimpit laluannya..
“Setakat ini, aliran trafik di kawasan berkenaan juga telah beransur pulih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











