Bekas ketua Nissan dibenar ikat jamin - Utusan Malaysia

Bekas ketua Nissan dibenar ikat jamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 25 April – Mahkamah Jepun membenarkan bekas peneraju Nissan Motor Co, Carlos Ghosn diikat jamin sebanyak AS$4.5 juta (RM18.6 juta).

Ghosn menghadapi empat pertuduhan termasuklah menyembunyikan sebahagian gajinya daripada pemegang saham dan pemalsuan dana Nissan untuk kegunaan peribadinya.

Pendakwa raya segera membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah terbabit, menangguhkan pembebasannya tetapi stesen penyiar NHK berkata beliau boleh dibebaskan dari pusat tahanan ‘seawal hari ini’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ghosn sebelum ini menafikan semua tuduhan terhadapnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini