Lori treler melintang tengah jalan akibatkan kesesakan - Utusan Malaysia

Lori treler melintang tengah jalan akibatkan kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Sebuah lori treler yang membawa muatan besi panjang terbabas dan melintang di tengah jalan raya dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas dalam satu kemalangan di Kilometer 434.8 Lebuh Raya Utara Selatan di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.56 pagi sewaktu lori treler berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke Shah Alam dari arah Seberang Prai, Pulau Pinang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, treler berkenaan dipercayai telah hilang kawalan selepas mendakwa cuba mengelak sebuah lagi lori yang menghimpit di laluannya dan terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di sebelah kiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rempuhan berkenaan telah mengakibatkan lori treler tersebut melintang di tengah-tengah jalan raya sekaligus menghalang lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Sahimi, pemandu lori treler berkenaan yang berusia 35 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan kemalangan tersebut.

“Susulan kemalangan itu, semua lorong ditutup dan aliran trafik telah dilencongkan ke susur Plaza Tol Sungai Buaya,” katanya.

Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui laman sosial Twitter rasminya memaklumkan bahawa laluan telah dibuka semula kira-kira pukul 10 pagi tadi dan aliran trafik dilaporkan berjalan dengan lancar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini