JAKARTA 23 April – Calon Presiden, Joko Widodo atau Jokowi menyifatkan pegawai jawatankuasa pusat mengundi (KPPS) yang meninggal dunia sepanjang perjalanan pilihan raya umum (Pemilu) 2019 sebagai pejuang demokrasi.
“Sekali lagi saya mewakili rakyat dan negara ini mengucapkan takziah kepada petugas yang meninggal dunia ketika menegakkan tugas demokrasi negara.
“Saya menganggap mereka sebagai pejuang demokrasi,” katanya kepada pemberita di Restoran Seribu Rasa, Menteng, Jakarta Pusat, Senin, di sini semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sebelum ini Komisi Pemilihan Umum mendedahkan sebanyak 90 orang pegawai KPPS meninggal dunia sepanjang perjalanan Pemilu kali ini. -AGENSI











