KUALA LUMPUR 23 April-Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menyediakan stesen pengisian air khusus bagi pembelian air untuk pelanggan industri sepanjang tempoh gangguan air bermula esok.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Abdul Raof Ahmad berkata, bagaimanapun, pembelian air oleh pihak industri perlu menggunakan lori tangki air yang diuruskan sendiri.
Menurutnya, lokasi-lokasi stesen pengisian bagi pembelian air oleh pihak industri meliputi wilayah Klang di Kolam Sungai Kapar Indah C dan Lebuh Sungai Kapar Indah, Jalan TPK2/2, Taman Perindustrian Kinrara, Puchong dan Jalan 1/1 Taman Metro Puchong (Petaling) dan Jalan Mutiara 1, Taman Selayang Mutiara, Bandar Baru Selayang, Batu Caves (Gombak).
Stesen pengisian air turut disediakan di Hulu Langat dan Kuala Lumpur di Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat, Batu 11, Jalan Cheras – Kajang serta Simpang 3, Jalan Bukit Belimbing, Kampung Permatang (Kuala Selangor).
“Pili-pili air awam pula turut ditempatkan di beberapa wilayah terjejas iaitu Masjid Ar Rahimah Sri Andalas (berhadapan Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang) dan Jalan Persiaran Selangor, Seksyen 16 (Bawah Kolam Seksyen 16) (Klang), Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Tasik Jalan 11/146, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, PJS 3, Taman Medan, Pejabat Perhutanan Sungai Buloh, KM 21, Jalan Subang dan Pejabat Ahli Majlis Zon 23, Taman Awam SS9, Jalan SS9/10 (Petaling).
“Manakala di Kuala Lumpur ditempatkan di Gelanggang Futsal, Sungai Besi serta Pusat Perniagaan Alam Jaya , Jln PPAJ 2/8 dan Pusat Perniagaan Alam Jaya, Jln PPAJ 3/8 (Kuala Selangor),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











