Hapuskan hutang pinjaman sara hidup - Utusan Malaysia

Hapuskan hutang pinjaman sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April- Hutang berbentuk pinjaman sara hidup yang diberikan Felda kepada peneroka perlu dihapuskan dalam usaha membantu golongan tersebut menangani kos hidup yang semakin meningkat.

Malah Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Datuk Alisak Ambia berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menghapuskan hutang berkenaan kerana dasar dan kaedah pinjaman tidak jelas.

“Hapuskan hutang daripada pinjaman sara hidup yang diberikan dan tidak perlu dibayar semula kerana bagi peneroka penggunaan perkataan ‘bantuan’ itu sendiri tidak jelas sama ada berbentuk pinjaman ataupun bantuan walaupun terdapat surat perjanjian yang telah diterangkan.

“Jika dilihat dengan teliti, dasar dan kaedah pemberian serta pembayaran yang diberikan Felda semasa memberikan pinjaman adalah tidak jelas sepertimana prosedur biasa yang dilaksanakan oleh institusi pinjaman yang lain seperti bank dan institusi lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan bersetuju untuk menghapuskan kadar faedah di atas pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang dibebankan kepada peneroka.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×