Polis siasat kes gaduh di ISKL - Utusan Malaysia

Polis siasat kes gaduh di ISKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap satu laporan polis berkenaan kes pergaduhan di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Noor Azmi Yusoff berkata, laporan polis itu dibuat oleh ibu kepada mangsa yang berusia 15 tahun pada 10 April lalu.

Menurutnya, pihaknya juga sudah mengambil keterangan pihak pentadbiran ISKL pada 12 April lalu dan pihak sekolah memaklumkan akan memberikan segala maklumat selepas siasatan dalaman mereka selesai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, pihak sekolah telah menggantung persekolahan suspek yang berusia 14 tahun selama tiga hari sehingga 12 April lalu.

“Kita juga telah mengambil keterangan empat orang yang merupakan pengadu dan saksi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noor Azmi memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Emilia Jamil (016-2479017) atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Shahrizal Salleh di talian 017-7134705. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini