Calon kalah pilihan raya, usir penduduk kampung - Utusan Malaysia

Calon kalah pilihan raya, usir penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 22 April – Berang dengan kegagalannya meraih undian diperlukan semasa pemilihan legislatif baru-baru ini, seorang calon legislatif (caleg) dari daerah Kolaka Utara bertindak mengusir rumah seorang penduduk kampung yang dibina di atas tanah miliknya.

Lapor Liputan.6.com, caleg tersebut yang tidak didedahkan identitinya itu meminta Ahmad berpindah daripada rumahnya yang dibina di atas tanah miliknya di Desa Kalu-kaluku, mukim Kodeoha sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Ahmad, dia menerima notis berpindah dua hari selepas pilihan raya diadakan pada 17 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, kira-kira 20 penduduk kampung berama-ramai bergotong royong membantu Ahmad memindahkan rumahnya kira-kira 30 meter dari tapak asal, semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini