Bomba buat penerbangan ihsan untuk bayi - Utusan Malaysia

Bomba buat penerbangan ihsan untuk bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Pasukan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PUJPM) Pulau Pinang hari ini melakukan penerbangan ihsan melibatkan seorang bayi berusia lapan bulan yang mempunyai masalah kesihatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, bayi tersebut, Alicia Boi Yean Ping diterbangkan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) ke Hospital Serdang, dekat sini pada pukul 8.40 pagi tadi.

“Yean Ping menghidap penyakit ‘trachea stenosis with verticular septal defect’ sejak dilahirkan dan memerlukan pembedahan serta rawatan susulan dengan segera di Hospital Serdang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penerbangan ihsan hari ini menggunakan helikopter AW Y39 yang berpangkalan di Bertam, Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, penerbangan tersebut diketuai oleh Kapten Faizal Izani dengan diiringi sepasukan unit perubatan HPP. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini