Orang Asli dalam Lembaga Pengarah Tourism Malaysia, Kraftangan Malaysia - Utusan Malaysia

Orang Asli dalam Lembaga Pengarah Tourism Malaysia, Kraftangan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 April – Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya akan melantik dalam kalangan Orang Asli sebagai anggota lembaga pengarah di agensinya iaitu di Tourism Malaysia dan Kraftangan Malaysia, kata Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata ia dipertimbangkan selepas mengambil kira produk eko pelancongan di kawasan penempatan Orang Asli dan penghasilan produk berkualiti golongan Orang Asli dalam negara.

“Langkah itu juga bagi menyahut seruan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 di Putrajaya hari ini yang mahukan produk kraf tangan Orang Asli diketengahkan dan dipasarkan di kawasan tumpuan pelancong.

Memuatkan artikel berkaitan…
MOHAMADDIN KETAPI
MOHAMADDIN KETAPI 

“Ia (pelantikan) akan dilakukan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah perbincangan lanjut akan dibuat bersama agensi terlibat bagi mengenal pasti kerusi anggota lembaga pengarah yang boleh diisi Orang Asli.

Mohamaddin berkata, wakil masyarakat Orang Asli perlu berada dalam komuniti kementeriannya untuk berkongsi idea dan memasarkan produk kraf secara lebih holistik.

 

Mohamaddin berkata, antara tumpuan kementeriannya kini adalah produk eko pelancongan dan kraf kerana ia menjadi antara tarikan pelancong yang berkunjung ke Malaysia.

Dari sudut produk eko pelancongan, katanya, kebanyakan kawasan penempatan Orang Asli sememangnya menepati ciri-ciri eko pelancongan dan inap desa yang selayaknya dipromosikan.

“Sudah semestinya di Malaysia ini, Orang Asli adalah golongan yang amat mahir dengan alam sekitar dan penempatan mereka yang kebanyakannya berada di kawasan bukit bukau adalah produk eko pelancongan terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini