Pacific Mutual lancar tawaran dana unit amanah baharu pada RM1 seunit - Utusan Malaysia

Pacific Mutual lancar tawaran dana unit amanah baharu pada RM1 seunit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Pacific Mutual Fund Bhd, syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group melancarkan tawaran dana unit amanah terbarunya yang bertemakan inovasi disruptif.

Pacific Mutual bekerjasama dengan pengurus dana sasaran, Lion Global Investors Limited (LGI), yang memiliki 70 peratus kepentingan dalam syarikat itu dalam melancarkan dana sokongan runcit – Pacific Global Disruptive Innovation Fund.

Dana itu kini ditawarkan untuk langganan kepada semua pelabur runcit pada RM1 seunit sepanjang tempoh tawaran selama 21 hari, menurut kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia akan menjadi yang pertama seumpamanya di Malaysia, menumpukan pada kepentingan ekuiti syarikat yang bakal mendapat manfaat daripada inovasi disruptif.

“Kami sedar kepentingan pihak yang menimbulkan gangguan dalam kehidupan harian kita. Sejak beberapa tahun lepas, kami telah berjaya mengurangkan keperluan pengantaraan dalam aktiviti kami, seperti hiburan dan pembelian barangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Teh Chi-cheun.

“Kami kini melihat melangkaui saham teknologi, mengambil apa-apa sahaja daripada kewangan kepada penjagaan kesihatan untuk dipertimbangkan dan dimanfaatkan menerusi kepakaran Lion Global Investors untuk mengenal pasti dan mengklasifikasikan syarikat seumpama itu dalam kategori pihak yang menimbulkan gangguan.’’

Pacific Mutual ialah anak syarikat LGI (sebelum ini dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), syarikat yang diperbadankan di Singapura sejak 1986. Kedua-dua syarikat ialah anggota OCBC Group.

Setakat 19 April, Pacific Mutual menguruskan RM2 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian. Untuk maklumat lanjut, layari www.pacificmutual.com.my. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini