JAKARTA 22 April – Empat belas pusat pengundian (TPS) melibatkan dua daerah di Papua diarahkan untuk melakukan pengundian semula (PSU) kerana dipercayai berlaku kepincangan dalam Pilihan Raya Umum (Pemilu) lalu.
Antara yang memetik Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Papua, Theodorus Kossay
sebagai berkata, pengundian semula itu akan melibatkan 12 TPS di daerah Wilayah Jayapura dan selebihnya dua TPS di Bandar Jayapura.
Memuatkan artikel berkaitan…
Antara TPS yang terlibat katanya, Tanjung Ria, Kampung Gurabesi, Kota Wamena, Sinapuk dan Kampung Sinagma.
“Selain PSU,kita juga akan mengadakan pengundian semula lanjutan (tergendala akibat bencana atau sebagainya) di TPS Kabupaten Pegunungan Bintang,” katanya di sini semalam. -AGENSI











