Exco, ADUN PH nyata sokongan kepimpinan Ahmad Faizal - Utusan Malaysia

Exco, ADUN PH nyata sokongan kepimpinan Ahmad Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 22 April – Semua exco kerajaan negeri dan ADUN Pakatan Harapan (PH) menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar.

Sokongan tersebut dinyatakan setelah khabar angin Ahmad Faizal tidak mendapat sokongan ekoran penyebaran rakaman audio seorang individu yang dikatakan seorang exco kerajaan negeri yang mengkritik pentadbiran Ahmad Faizal.

Exco kanan kerajaan negeri Perak, Asmuni Awi berkata, penyebaran rakaman audio itu yang mencetuskan khabar angin bahawa Ahmad Faizal tidak mendapat sokongan, tidak benar sama sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, rakaman audio tersebut merupakan propaganda ‘pecah dan perintah’ serta iri hati terhadap kepimpinan kerajaan PH negeri Perak.

Katanya, bagi menjawab semua keraguan tersebut, semua exco kerajaan negeri dan ADUN PH hari ini menzahirkan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Ahmad Faizal.

“Kami menyokong penuh Ahmad Faizal sebagai ketua dan pemimpin PH negeri Perak dan sebagai Menteri Besar yang mengetui kerajaan PH negeri Perak.

“Isu ini (rakaman audio) menambahkan perpaduan kami dan menguatkan lagi hubungan kami sebagai sebuah keluarga demi kepentingan rakyat Perak khasnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh semua exco kerajaan negeri dan beberapa ADUN PH.

Ditanya sama ada rakaman audio tersebut merupakan rakaman tulin suara seorang exco kerajaan negeri, Asmuni berkata, rakaman tersebut sudah diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Biarlah pihak polis siasat untuk menentukan kesahihan rakaman tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini