SHAH ALAM 22 April – Keputusan berhubung permohonan memanggil semula dua individu iaitu saksi ke-24 dan ke-27 dalam prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim yang dibuat pegawai pengendali ditentukan esok.
Koroner Rofiah Mohamad memutuskan perkara tersebut selepas mendengar hujahan Pengawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin dan Peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Syazlin Mansor.

Dua saksi yang ingin dipanggil semula oleh pegawai pengendali ialah Pakar Bedah Forensik, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi (Saksi ke-24) dan Ketua Jabatan Forensik, Datuk Dr. Mohd. Shah Mahmood (Saksi ke-27) masing-masing-masing dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).-UTUSAN ONLINE











