Inkues Adib: Keputusan panggil semula dua saksi pakar ditetapkan esok - Utusan Malaysia

Inkues Adib: Keputusan panggil semula dua saksi pakar ditetapkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner di sini tadi memutuskan esok sama ada mahu memanggil semula ataupun tidak dua saksi pakar berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim Disember tahun lalu.

Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak iaitu Pegawai Pengendali dan peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta keluarga mangsa.

Dua saksi pakar yang dicadang untuk dipanggil semula ialah Pakar Bedah Forensik HKL, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi dan Ketua Jabatan Forensik HKL, Datuk Dr. Mohd. Shah Mahmood.

Memuatkan artikel berkaitan…

Permohonan untuk memanggil semula dua saksi itu dibuat pada Jumaat lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini