KAJANG 22 April – Sebanyak 38 orang menyertai kayuhan basikal anjuran kelab berbasikal Lakers CC yang berlangsung semalam bermula dari Taman Tasik Kesuma dekat sini.
Para peserta berkayuh sejauh 29.29 kilometer menuju ke kawasan air terjun Jeram Kedah di Ulu Beranang, sebelum berpatah balik ke taman berkenaan.
Program kayuhan berkenaan turut disertai ahli kelab berbasikal Op dan ia bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











