Pizarro jadi gunting dalam lipatan Bayern - Utusan Malaysia

Pizarro jadi gunting dalam lipatan Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 22 April – Penyerang veteren Werder Bremen, Claudio Pizarro bersedia untuk merosakkan impian Bayern Munich dalam usaha mereka mengecapi kejayaan berganda di peringkat domestik apabila dia bakal bertemu bekas majikannya itu dalam aksi separuh akhir Piala Jerman, esok.

Pizarro dianggap ikon di Bayern dan Bremen selepas menjaringkan lebih 100 gol untuk setiap kelab tersebut dan kini memburu penampilan kesembilan dalam final Piala Jerman apabila kedua-dua pasukan itu bertemu di Bremen.

Mempunyai karier selama dua dekad dalam Bundesliga, pemain berusia 40 tahun itu membuat penampilan lebih daripada 300 bersama Bayern.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baru-baru ini, Pizarro menerima tawaran sebagai duta Bayern bagaimanapun dengan final Piala Jerman, kesetiaan Pizarro terhadap Bremen tidak boleh dipertikaikan.

“Jika saya bangun dari bangkit simpanan, tugas sukar menanti Bayern.

“Saya menghubungi beberapa rakan di Bayern selepas undian. Mereka tahu tugas berat sedang menunggu dan saya fikir mereka lebih gemar berdepan lawan yang berlainan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini