Hanya kemenangan mampu selamatkan Spurs - Davies - Utusan Malaysia

Hanya kemenangan mampu selamatkan Spurs – Davies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 April – Ben Davies mencabar Tottenham untuk memenangi baki empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula dengan pertemuan menentang Brighton, esok.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 kepada Manchester City, Sabtu lalu sekali gus merencatkan usaha mereka untuk menamatkan saingan liga dalam empat pasukan terbaik.

Spurs terpaksa menamatkan minggu lalu dengan kesedihan meskipun sebelum itu mereka berjaya mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dengan menyingkirkan City menerusi kelebihan gol di tempat lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun nasib masih menyebelahi Spurs apabila Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada Crystal Palace dan itu bermakna Tottenham kekal di tempat ketiga namun kedudukan mereka boleh berubah jika Chelsea menewaskan Burnley di mana kedua-dua pasukan itu bertemu hari ini.

Davies percaya hanya mencatat kemenangan dalam baki perlawanan sahaja mampu mengesahkan tempat Spurs untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.

“Tugas ini bukan mudah namun kami perlu berusaha untuk memenangi setiap perlawanan yang ada hingga tamat musim. Itu sasaran dan ia bermula dengan pertemuan menentang Brighton,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini