Dr. Sahruddin kini bergelar Datuk - Utusan Malaysia

Dr. Sahruddin kini bergelar Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 April – Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) di Istana Bukit Serene di sini sebentar tadi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan darjah kebesaran itu yang membawa gelaran Datuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-17 pada 14 April lalu.

Darjah kebesaran berkenaan dikurniakan dalam Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada sebelah pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebentar lagi Menteri Besar dan barisan Exco yang baru mengangkat sumpah akan mengadakan sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Iskandar Puteri dekat sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini