Pemandu rentung, kereta terbakar - Utusan Malaysia

Pemandu rentung, kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 22 April – Seorang pemandu rentung selepas keretanya terbakar berhampiran jambatan Sungai Adong, Jalan Sawit, dekat sini hari ini.

Menurut laporan portal Utusan Borneo, bomba dalam kenyataannya memberitahu identiti mangsa bagaimanapun belum dikenal pasti.

“Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng menaiki sebuah jentera pemadam api dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 2.22 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.25 pagi, pasukan bomba menemukan seorang mangsa rentung di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Menurutnya, identiti mangsa tidak diketahui dan kerja-kerja pemadaman dibuat sehingga selesai.

Jelasnya, setelah pihak forensik membuat siasatan awal, mangsa kebakaran diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini