PNB pelihara integriti, amanah - Utusan Malaysia

PNB pelihara integriti, amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 April – Keutamaan untuk menjaga integriti dan amanah menjadi tunjang kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam menghindarkan masalah tadbir urus seperti yang berlaku di beberapa institusi lain.

Perkara tersebut menurut PNB telah membolehkan mereka memberi dividen kumulatif kepada pemegang unitnya sebanyak RM187.1 bilion sejak penubuhan institusi kewangan itu pada 1978.

“Kita menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu PNB tidak leka dan tidak mengambil mudah amanah serta tanggungjawab yang diharapkan rakyat terutamanya para pelabur institusi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pencapaian kita memberi dividen yang berterusan kepada pemegang unit menunjukkan betapa cekap dan profesional pihak pengurusan TNB sejak dari dahulu dan ketika ini usaha untuk menggerakkan kekayaan para pemegang unit juga giat dilakukan,” kata PNB dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, PNB memaklumkan Dr. Mahathir telah menjangkakan institusi tersebut untuk terus berpegang kepada nilai-nilai yang diamalkan ketika ini dan mereka yakin mampu memenuhi mandat yang diberikan bagi memperkukuhkan kekayaan golongan bumiputera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini