KUALA LUMPUR 21 April – Sebanyak 40 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting, Tumpat Kelantan mengikuti program lawatan sambil belajar ke Negeri Pahang dan Terengganu baru-baru ini.
Program yang turut disertai oleh empat guru pengiring termasuk penyelia asrama sekolah itu bertujuan memberikan pengalaman dan menimba pengetahuan baharu mengenai lokasi yang dikunjungi selain menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.
Program lawatan selama dua hari bermula 2 April lalu itu menyaksikan kunjungan ke Pusat Penetasan Penyu Rantau Abang, Terengganu; Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu; Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan dan Taman Tema Air Gambang. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











