Penyelamat pantai keluarkan kuda dalam lumpur - Utusan Malaysia

Penyelamat pantai keluarkan kuda dalam lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Dua ekor kuda dan penunggangnya berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam lumpur tebal di sebuah pantai di perairan Wirral baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Kedua-dua penunggang muda itu diselamatkan oleh pengawal pantai dan salah seekor kuda berkenaan berjaya melepaskan diri daripada situasi bahaya tersebut.

Kuda kedua, bagaimanapun, mula tenggelam hingga paras perut pada jarak kira-kira 300 meter dari daratan di Pantai Moreton dekat Kelab Golf Leasowe, Merseyside di England.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebuah hoverkraf milik Institut Bot Penyelamat Diraja Kebangsaan (RNLI) terpaksa dikerahkan ke lokasi berkenaan bersama sejumlah petugas penyelamat daripada pelbagai agensi dan polis.

Mereka berjaya mengeluarkan kuda tersebut dalam satu operasi selama empat jam sebelum air pasang. Haiwan itu dibawa pergi ke sebuah pusat kesihatan veterinar untuk pemeriksaan lanjut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini