Rakyat tunjuk protes di Rantau - Gerakan - Utusan Malaysia

Rakyat tunjuk protes di Rantau – Gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April – Rakyat telah bersuara pada tiga pilihan raya kecil (PRK) iaitu Cameron Highland (DAP), Semenyih (BERSATU) dan terkini Rantau (PKR), dan ia dikatakan hukuman rakyat keatas kegagalan PH menunaikan janji-jani pilihan raya yang lalu.

H. Puvaniten
H. Puvaniten 

Ketua Biro Perpaduan Parti Gerakan Nasional, H. Puvaniten berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah gagal melaksana apa yang terbuku dalam manifesto PH dan segala asalan yang diberi tidak mahu didengar oleh para pengundi mereka.

“Bermula dengan kegagalan menunaikan 10 janji 100 hari PH, Kabinet yang sedia ada walaupun setahun sudah berlalu selepas PRU14, PH hanya mampu memberikan alasan yang sama menyalahkan kerajaan terdahulu. Rakyat sudah muak dengan alasan ini. Mereka kena fokus terhadap isu-isu rakyat,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Puvaniten, selain isu itu, kegagalan kerajaan menangani pelbagai masalah termasuk kos sara hidup dan bantuan yang sebelum ini diberikan oleh kerajaan kepada rakyat turut menyumbang kepada kekalahan hatrik tersebut.

Turut mengundang kebangkitan itu, jelas beliau, ialah sokongan orang muda kepada Barisan Nasional kerana merekad dengan janji yang dibuat PH.

Katanya, isu PTPTN dan kesukaran mendapat pekerjaan menambahkan rasa kecewa golongan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini