SEREMBAN – Tiga anggota polis parah dan lima Orang Kena Tuduh (OKT) cedera selepas trak dan kereta peronda polis (MPV) dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Green Technology Park, Seremban 2 di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd. Abdul berkata, kejadian pukul 1.15 petang itu berlaku semasa kesemua OKT tersebut dalam perjalanan ke lokap Balai Polis Sikamat di sini dari Kompleks Mahkamah Seremban.
“Kejadian berlaku apabila MPV yang mengiringi trak polis di hadapannya cuba mengelak sebuah kenderaan sebelum terbabas.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











