Trump gesa Boeing memperbaiki 737 MAX - Utusan Malaysia

Trump gesa Boeing memperbaiki 737 MAX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 15 April – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengecam pesawat Boeing 737 MAX dengan menyatakan ia perlu dipertingkatkan dengan ciri-ciri serta nama baharu.

Sebelum ini, dua insiden nahas membabitkan pesawat 737 MAX berlaku di Indonesia dan Ethiopia dalam tempoh lima bulan.

Kedua-dua insiden berlaku sejurus pesawat berlepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang saya tahu mengenai penjenamaan, mungkin tidak tahu langsung (tetapi saya menjadi Presiden), tetapi sekiranya saya adalah Boeing, saya akan memperbaiki Boeing 737 MAX, menambah beberapa ciri-ciri baharu dan memberi nama baharu.

“Tiada produk pernah mengalami nasib seperti ini. Tetapi sekali lagi, apa yang saya tahu,” kata Trump menerusi Twitter. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini