Kerajaan Pas Kelantan ucap tahniah kepada Tengku Mahkota - Utusan Malaysia

Kerajaan Pas Kelantan ucap tahniah kepada Tengku Mahkota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 6 April – Kerajaan Pas Kelantan mengucapkan tahniah kepada Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang gadis Sweden pada 19 April ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pengumuman tersebut menggembirakan seluruh rakyat negeri ini yang sentiasa mendoakan baginda bertemu dengan pasangan hidupnya.

“Tahniah kerana bertemu dengan pasanagn hidup. Inilah yang didoakan oleh rakyat selama ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan kita berharap baginda berdua mendapat rahmat daripada Allah dan majlis berjalan dengan selamat dan sejahtera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas negeri di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal hari ini mengumumkan istiadat perkahwinan Tengku Muhammad Fa-iz dengan pasangannya, Cik Sofie Louise Johansson, 33, di Istana Balai Besar, di sini pada 19 April ini.

Johansson dikatakan kenalan lama baginda ketika menuntut di luar negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini