Panggilan Scam: Pemandu Grab rugi RM80,000 - Utusan Malaysia

Panggilan Scam: Pemandu Grab rugi RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 6 April – Seorang pemandu Grab di Bera dekat sini berputih mata apabila kerugian RM80,000 dipercayai akibat ditipu sindiket panggilan Scam.

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF - UTSAN ONLINE
MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF – UTSAN ONLINE 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof, berkata, kejadian itu bermula apabila mangsa baru-baru ini menerima panggilan yang memaklumkan talian telefon rumahnya akan ditamatkan dalam tempoh dua jam.

“Mangsa tidak berpuas hati dan telah disambungkan kepada individu lain yang memaklumkan bahawa talian telefon rumahnya akan ditamatkan atas alasan nama mangsa telah didaftar di Kuala Lumpur dan terlibat dengan jenayah judi dalam talian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa disambungkan ke ‘Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur’ dan bercakap dengan ‘Koperal Mohd. Azmi’. Mangsa dimaklumkan perkara sama dan diberitahu waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa diminta memasukkan wang ke dalam akaun juruaudit RHB Bank untuk tujuan siasatan.

“Mangsa memasukkan RM80,000 melalui 17 transaksi ke akuan itu. Kemudian mangsa diminta memasukkan lagi wang lalu menceritakan kepada isterinya yang selepas itu mengajak membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera semalam.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini