KK Super Mart mahu lahirkan 300 perantis menjelang 2020 - Utusan Malaysia

KK Super Mart mahu lahirkan 300 perantis menjelang 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kedai serbaguna 24 jam, KK Super Mart berhasrat melahirkan 300 perantis menerusi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) menjelang tahun 2020.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. KK Chai berkata, pihaknya menerusi kerjasama dengan Jabatan Pemba­ngunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia telah melahirkan 56 orang perantis sejak 2017, manakala 66 orang lagi masih dalam peringkat pengajian.

“Ini merupakan salah satu inisiatif syarikat bagi meningkatkan kemahiran pekerja dalam sektor peruncitan. Malah, kami merancang untuk meluaskan pelaksa­naan SLDN secara berperingkat di kesemua 380 outlet sedia ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menyasarkan lebih daripada 300 orang perantis dapat dilahirkan menjelang 2020 selain merancang untuk menubuhkan Kolej KK yang menawarkan program SLDN secara terbuka kepada semua pekerja dalam sektor peruncitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen SLDN KK Super Mart 2019 di Dewan Perdana, Bukit Jalil Golf & Country Resort di sini baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Seramai 53 graduan berjaya menamatkan program tahap Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang operasi peruncitan.

Chai menjelaskan, pihaknya sentiasa merangka program latihan dan pembangunan pekerja dalam memastikan ia bergerak seiring dengan hala tuju syarikat.

“Kami telah menyediakan latihan kepada 3,000 pekerja melalui Pusat Latihan KK sejak 2010 melibatkan aspek penyeliaan, komunikasi dan perkhidmatan pe­langgan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini