Pahang naikkan cukai pembalakan - Utusan Malaysia

Pahang naikkan cukai pembalakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Kerajaan negeri Pahang menaikkan cukai balak berkuatkuasa 1 Jun tahun 2018, selepas lebih 31 tahun tidak berbuat demikian.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenaikan itu dilakukan dalam kadar yang munasabah dan lebih rendah berbanding cukai balak dikenakan negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Perak.

“Perak, Terengganu dan Kelantan telah naik tiga hingga empat kali, tetapi royalti balak kita tidak naik sejak 31 tahun dan Alhamdulillah pertengahan tahun lepas sahaja kita dapat RM100 juta dan dijangka tahun ini kita jangka mampu memperoleh RM200 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua duit ini kita akan bagi semula kepada rakyat, dan kenaikan ini tidak melibatkan rakyat, hanya syarikat pembalakan yang mempunyai lesen terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Aktiviti Melombong Daerah Lipis (Ops Lombong 4.0) di sini hari ini.

Katanya, walaupun ada syarikat pembalakan yang datang memohon pertimbangan berhubung kadar baharu yang dikenakan itu, namun kerajaan negeri merasakkan kenaikan yang dikenakan itu wajar. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini