Kedai cuci kereta tutupkah? - Utusan Malaysia

Kedai cuci kereta tutupkah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 April – Pentingkan diri sendiri.

Twitter Hilmi
Twitter Hilmi 

Itu gambaran tepat bagi seorang pemandu sebuah kereta Honda Jazz yang tanpa segan silu mencuci keretanya dekat ruang pam minyak di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran dalam akaun Twitter milik Hilmi Adi Ruzaini (@HilmiAdi), dia sempat merakam gelagat pemandu itu mencuci kereta dan tanpa segan silu menggunakan tong air dan pengelap cermin milik stesen minyak tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia basuh keseluruhan bahagian keretanya dengan menggunakan pengelap cermin dan mengisi tong air sebanyak tiga kali untuk bilas.

“Tindakan sedemikian menyebabkan lantai dekat kawasan itu basah dan berlecak,” katanya.

Cuci kereta di stesen minyak
TIDAK bertanggungjawab pemandu bertindak mencuci kereta dekat ruang pam minyak di sebuah stesen minyak Petronas di Pulau Pinang baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE/Gambar media sosial

Lebih teruk lagi, pemandu terbabit dipercayai tidak mengisi minyak meskipun menggunakan peralatan milik stesen untuk mencuci keretanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini