Kes Mohd. Isa pindah Mahkamah Tinggi - Utusan Malaysia

Kes Mohd. Isa pindah Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 April – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan kes pecah amanah serta rasuah melibatkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan diketuai peguam bela tertuduh, Datuk K. Kumaraendran.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Umar Saifuddin Jaafar yang mengesahkan permohonan tersebut tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tarikh pengurusan kes di Mahkamah Tinggi akan ditetapkan kemudian manakala kes itu akan disebut di Mahkamah Sesyen depan Hakim Azura Alwi pada 4 April ini untuk memaklumkan perkembangan terkini.

Pada 14 Disember tahun lalu, Mohd. Isa mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh Syarikat Felda Investment Corporation (FIC) Sdn. Bhd.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini