Pencemaran: 355 pelajar mohon takaful - Utusan Malaysia

Pencemaran: 355 pelajar mohon takaful

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Seramai 355 pelajar yang terjejas akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini baru-baru ini sudah menghantar permohonan mendapatkan Takaful Pelajar Sekolah Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, jumlah itu membabitkan pelajar yang dirawat di wad hospital dengan setiap pelajar akan dibayar RM25 sehari sepanjang mereka dirawat.

“Kita jangkakan lebih ramai pelajar akan menghantar borang permohonan takaful berikutan sekolah baharu dibuka hari ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aminolhuda berkata, kerajaan negeri masih belum ada kata putus berhubung bayaran pampasan kepada pelajar terjejas pencemaran berkenaan.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan penutupan sebanyak 111 sekolah di sini berkuat kuasa serta-merta pada 13 Mac lalu akibat pencemaran sisa toksik berbahaya.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang berlarutan sejak 7 Mac lalu itu menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini