Selangor 'OK' tanpa Syahmi - Utusan Malaysia

Selangor ‘OK’ tanpa Syahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Sudahlah kehilangan penyerang utama, Rufino Segovia, Selangor bakal menerima kunjungan Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam ini tanpa Syahmi Safari.

Bek kanan itu terpaksa diketepikan akibat kecederaan paha yang dialami ketika membantu Malaysia seri 2-2 dengan China dalam saingan kelayakan Kejuaraan AFC bawah 23 yang berakhir Selasa lalu.

Pengendali Red Giants, B. Sathianathan berkata, Syahmi perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu, dan Selangor telah dipersiapkan untuk beraksi tanpa pemain itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila pemain kami dipanggil mewakili skuad kebangsaan, ia satu penghormatan dan petanda positif.

“Malangnya, Syahmi mengalami kecederaan dan terpaksa berehat seminggu.

“Begitupun saya percaya, kita ada pemain lain yang boleh menampung ketiadaan Syahmi dengan baik,” kata Sathianathan.

Sementara itu,dua bekas pemain Terengganu, Faiz Nasir dan Latiff Suhaimi bakal menjadi tumpuan malam ini kerana bersemuka semula dengan pasukan lama mereka.

Kehadiran pemain sayap lincah, Faiz dan pemain tengah, Latiff diharap dapat memberi info tambahan kepada Red Giants untuk mengenal pasti kelemahan Terengganu.

“Saya harap dapat memberikan 100 peratus menentang bekas pasukan.

“Harap rakan sepasukan lain juga akan memberikan yang terbaik untuk kami meraih tiga mata.

“Kami masih belum menang di Shah Alam musim ini dan ia (kemenangan) mungkin akan berlaku malam ini,” kata bekas kapten Terengganu, Latiff. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini