Ramasamy seharusnya letak jawatan - Utusan Malaysia

Ramasamy seharusnya letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 29 Mac – Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak perlu melayan gesaan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy yang memintanya meletak jawatan berhubung isu penguatkuasaan terhadap kebun haram di Cameron Highlands baru-baru ini.

MUHAMMAD FAIZ HASHIM
MUHAMMAD FAIZ HASHIM 

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, mengapakah Ramasamy meminta Wan Rosdy meletak jawatan ekoran penguatkuasaan yang dijalankan di kawasan tanah tinggi itu.

“Sepatutnya Ramasamy yang perlu letak jawatan kerana kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir urus olehnya selaku Timbalan Ketua Menteri II ternyata gagal dan menindas rakyat di negeri itu terutama orang Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selesaikan dahulu isu pengusiran penduduk dari kampung tradisional dan tanah wakaf, penganiayaan terhadap penjaja dan peniaga kecil, kezaliman terhadap penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR), isu penyelewengan projek terowong dasar laut dan kelulusan projek tambak laut tanpa melalui proses tender sebelum mencampuri urusan kerajaan negeri Pahang,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Faiz berkata, beliau mengutuk tindakan Ramasamy itu yang jelas biadap, kurang ajar dan sombong.

“Jaga negeri sendiri dahulu, pastikan rakyat di negeri sendiri terbela sebelum menyibuk mencampuri urusan negeri orang lain,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini