Penduduk berpindah susulan letusan gunung Agung - Utusan Malaysia

Penduduk berpindah susulan letusan gunung Agung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR 28 Mac- Susulan letusan gunung berapi Agung, 20 penduduk daerah Karangasem berpindah dari kediaman masing-masing ke pejabat desa atas faktor keselamatan.

Wakil Pengurusan Bencana Karangasem, Ida Bagus Arimbawa memberitahu kesemua penduduk yang ketakutan setakat ini selamat berpindah dari kediaman masing-masing.

Letusan Gunung Agung berlaku sekitar pukul 6.25 pagi waktu tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketinggian lepasan asap tidak diperhatikan, namun bunyi letusan dilaporkan kuat dan dapat didengari sehingga pos keselamatan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini