Iktiraf Bukit Golan, AS dikecam di PBB - Utusan Malaysia

Iktiraf Bukit Golan, AS dikecam di PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 28 Mac – Sebanyak 14 negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan yang disifatkan mencabuli undang-undang an­ta­­rabangsa.

Al Jazeera melaporkan, semasa perjumpaan yang dibuat atas permintaan Syria itu, Damsyik dalam sepucuk surat kepada UNSC menyifatkan tindakan AS sebagai perlanggaran terang-te­rangan resolusi PBB.

Ini berikutan tindakan Presi­den Amerika, Donald Trump menandatangani pengisytiharan Bukit Golan yang dirampas pada 1967 dan diduduki pada 1981 di bawah kedaultan rejim Zionis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang demi seorang wa­kil negara anggota dalam me­syuarat UNSC semalam menyokong kedaulatan Syria ke atas Bukit Golan dan menentang pencerobohan Israel susulan pengisytiharan Trump itu.

“Tindakan sebelah pihak ini tidak membantu mencari penyelesaian damai jangka panjang konflik Asia Barat,” kata Duta Afrika Selatan ke PBB, Jerry Matjila.

Rusia juga menggesa supaya Bukit Golan perlu dilihat sebagai wilayah yang diduduki Israel.

Antara negara lain yang menyelar tindakan AS yang disifatkan telah melanggar undang-un­dang antarabangsa adalah Pe­rancis, China, Poland, Belgium Jerman dan Britain.

Setiausaha Agung PBB, Rosemary DiCarlo berharap perkembangan terbaharu tersebut tidak akan digunakan mana-mana pihak untuk mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kes­tabilan situasi di Bukit Golan.

Dalam perkembangan bera­singan di Gaza City, portal Maan News melaporkan, serangan tentera udara Israel ke atas Semenanjung Gaza baru-baru ini memusnahkan 30 buah rumah manakala 500 lagi premis meng­alami kerosakan.

Pusat Palestin bagi Hak Asasi Manusia melaporkan, sebanyak 70 orang termasuk 44 kanak-kanak daripada 13 keluarga hilang tempat tinggal manakala empat buah keluarga lagi terpaksa meninggalkan rumah masing-masing berikutan sera­ngan itu. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini