Van APM langgar tiang, 2 anggota maut - Utusan Malaysia

Van APM langgar tiang, 2 anggota maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 28 Mac – Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kluang maut selepas van ambulan pasukan keselamatan itu hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang papan tanda sebelum berpusing dan terbalik di Jalan Felda Kahang Timur, dekat sini petang tadi.

Kejadian yang berlaku dalam hujan lebat pada pukul 3.40 petang itu menyebabkan pemandunya, Mohammmad Ashri Othman, 50, dan penumpang di belakang, Siti Murni Amat Khalid, 33, maut.

Mohammmad Ashri yang beralamat di Taman Fajar di sini cedera parah di leher dan muka manakala Siti Murni dari Bandar Tenggara, Kulai cedera teruk pada bahagian badan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua lagi anggota iaitu Muhammad Faizal Jalil, 30, yang duduk di bahagian depan dan Nurul Hajira Narizan, 28, yang duduk di bahagian belakang tidak mengalami kecederaan.

 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, Van milik APM tersebut datang dari arah Felda Ulu Dengar menuju ke Kampung Gajah.

“Apabila tiba di tempat kejadian hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang papan tanda di bahu sebelah kanan jalan menuju ke Kampung Gajah menyebabkan berpusing dan terbalik.

“Pemandu dan seorang penumpang belakang maut di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang tidak cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah APM negeri, Kol. (PA) Mat Zin Bujang berkata, kejadian tersebut berlaku selepas melakukan tugasan rasmi dan sedang dalam perjalanan pulang.

“Kedua-dua jenazah dihantar ke Hospital Daerah Kluang untuk bedah siasat dan dua lagi dirawat sebagai pesakir luar sahaja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini