Kempen mampu tukar mentaliti - Utusan Malaysia

Kempen mampu tukar mentaliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumaham Awam (PA) di sekitar ibu kota boleh dikatakan sinonim dengan persekitaran yang kotor akibat masalah kebersihan se­perti ‘sampah terbang’ dan sebagainya.

Walaupun pelbagai usaha meningkatkan kesedaran penduduk dilakukan, kempen itu seolah-olah seperti mencurah air ke daun keladi.

Tinjauan Utusan Malaysia ke PA Seri Selangor dan PA Setapak Jaya 1A mendapati sampah sarap berteraburan di merata tempat bahkan turut memenuhi bahagian bumbung akibat perbuatan tidak bertanggungjawab penduduk membuang sampah dari unit kediaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persoalannya, adakah usaha Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) me­ngadakan Program Perumahan Ku Bersih 2019 yang dilancarkan baru-baru ini mampu mengubah mentaliti penduduk PPR dalam memastikan kawasan perumahan mereka kembali bersih dan ceria.

Pengerusi Persatuan Penduduk PA Seri Selangor, Mohd. Noor Zaimi Shamsuri berkata,tidak dinafikan kempen itu sangat bagus namun beliau percaya ia sukar mencapai matlamatnya sekiranya aspek penguatkuasaan masih lagi lemah.

“Setiap hari DBKL bercerita pasal kempen kebersihan dan setiap hari jugalah masalah itu semakin teruk di PPR apatah lagi PA.

“Bayangkan, pada pukul 7 pagi kawasan PA ini dibersihkan dan tidak sampai empat jam ia kembali dipenuhi sampah seperti plastik, bungkusan makanan dan sebagainya.

“Saya cadangkan selain mengadakan kempen DBKL juga perlu menguatkuasakan undang-undang serta membina semula saluran sampah di setiap aras bagi memudahkan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Mohd. Noor Zaimi, masalah sampah yang serius di PA Seri Selangor menjadi semakin serius selepas saluran sampah yang disediakan oleh DBKL ditutup pada tahun 2008.

“Bila tiada lubang sampah ramai yang membuang sampah melalui tingkap atau meninggalkannya di tangga dan lif.

“Pembinaan tiga buah rumah sampah di kawasan itu juga tidak dimanfaatkan sepenuh­nya dengan alasan jauh daripada rumah apatah lagi majoriti penduduk di sini adalah warga emas,’ ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini