Maybank tumpu pertumbuhan aset terpilih - Utusan Malaysia

Maybank tumpu pertumbuhan aset terpilih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Malayan Banking Bhd. (Maybank), bank terbesar negara ini akan terus melindungi margin keuntungannya menerusi pertumbuhan aset terpilih dan pada masa sama mengembangkan asas sumber pendanaan yang lebih berpatutan pada 2019.

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2019 -Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Ekserkutif Maybank Berhad, Datuk Abdul Farid Alias (kiri) memberi penerangan mengenai Prestasi Kewangan berakhir pada 31 Disember 2018 di Menara Maybank Kuala Lumpur di sini, hari ini.Gambar: DJOHAN SHAHRIN SHAHPemberita: HANANI / IKHWAN (Ekonomi / Kosmo)

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abdul Farid Alias berkata dalam persekitaran yang kian sukar bagi menjana pertumbuhan perolehan, Maybank sewajarnya berkembang secara bertanggungjawab termasuk meninjau aspek kemampanan jangka panjang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini bermaksud kami tidak semestinya mengembangkan lembaran imbangan dari segi skala dan volum, sebaliknya berusaha melindungi margin keuntungan serta kredit harga dan liabiliti dengan sewajarnya bagi manfaat pelanggan mahu pun pelabur,” katanya dalam Laporan Tahunan 2018 bank itu yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Abdul Farid berkata Maybank juga akan meninjau saluran pendapatan mampan yang dapat mengekalkan kelangsungan organisasi itu berbanding terlalu menumpukan usaha menjana keuntungan jangka pendek.

“Berpandukan tahap jangkauan kami di ASEAN, adalah menjadi tanggung jawab kami untuk berkembang bersama rakan niaga, pelanggan, komuniti dan pelabur secara mapan sambil menerapkan aspek persekitaran yang baharu muncul, pertimbangan sosial dan tadbir urus ke dalam aspirasi strategik jangka panjang,” katanya. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini