CFM terima 6,330 aduan - Utusan Malaysia

CFM terima 6,330 aduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima sebanyak 6,330 aduan pada 2018 mencatatkan peningkatan 33 peratus berbanding jumlah 4,746 aduan diterima pada 2017.

Pengerusinya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, aduan mengenai perkhidmatan selular kekal paling tinggi dari tahun ke tahun iaitu sebanyak 2,513 aduan pada 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, aduan mengenai jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) meningkat paling banyak pada 2018 iaitu sebanyak 2,337 aduan diterima berbanding 714 aduan pada tahun sebelumnya.

“Peningkatan aduan HSBB tersebut disebabkan oleh permintaan tinggi daripada pengguna yang inginkan perkhidmatan HSBB tersedia di kawasan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

CFM dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telah menyelesaikan 88 peratus aduan daripada jumlah keseluruhan aduan tersebut dalam tempoh kurang daripada 15 hari.

Kategori aduan yang paling tinggi pada 2018 ialah mengenai masalah rangkaian yang mencatatkan peningkatan sebanyak 54 peratus dengan jumlah sebanyak 1,919 aduan diterima berbanding 1,247 aduan pada 2017.

Antara isu berkaitan di bawah kategori Rangkaian yang paling banyak dilaporkan ialah mengenai gangguan perkhidmatan dan perkhidmatan tidak dapat digunakan.

Gangguan perkhidmatan HSBB merupakan aduan paling tinggi direkodkan pada 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini