Kapal tangki dirampas, selamat berlabuh di Malta - Utusan Malaysia

Kapal tangki dirampas, selamat berlabuh di Malta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALETTA 28 Mac – Sebuah kapal tangki yang dirampas oleh pendatang warga asing berjaya ditumpaskan pasukan tentera Malta dan selamat berlabuh, di sini hari ini.

Menurut Angkatan Tentera Malta (AFM), kapal tangki tersebut telah dihalang Kapal Ronda P21 daripada memasuki wilayah laut Malta.

“Kemudian, pasukan Unit Operasi Khas AFM dikerahkan menyerbu dan menyelamatkan kapal tangki itu untuk menyerahkan kembali kawalan kepada kapten berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi itu juga mendapat bantuan beberapa kapal tentera laut dan helikopter,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, kapal tangki dengan bendera Palau, Elhiblu I mengambil 108 pendatang asing termasuk wanita dan kanak-kanak yang dalam perjalanan kembali ke Tripoli.

Bagaimanapun, enam batu nautika daripada pelabuhan itu tiba-tiba kapal bertukar laluan menuju ke utara ke arah Eropah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini