T7 Global perluaskan perniagaan aeroangkasa, teknologi tentera laut - Utusan Malaysia

T7 Global perluaskan perniagaan aeroangkasa, teknologi tentera laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – T7 Global Bhd. memperluaskan perniagaan teknologi tentera laut dan aeroangkasa melalui kerjasama baharu yang dijalin oleh anak syarikatnya, T7 Aero Sdn. Bhd. dan T7 Marine Sdn. Bhd.

Pengerusi T7 Global, Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani berkata, T7 Aero menjalin kerjasama dengan Beijing Aerospace Yilian Science & Technology Development Co. Ltd. (Beijing Aerospace) dalam pelbagai aktiviti berkaitan produk keselamatan, sistem keselamatan dan projek inteSgrasi keselamatan.

Katanya, T7 Aero dan Beijing Aerospace akan bekerjasama secara eksklusif di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerjasama ini menjadi langkah penting kepada T7 Aero untuk meningkatkan portfolio kami, melengkapkan kumpulan dengan keupayaan untuk menyediakan kepada pelanggan perkhidmatan integrasi keselamatan secara menyeluruh.

“Syarikat merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara dan menjadi bahagian penting dalam pasaran global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, T7 Marine, C2C-DB Systems Pvt. Ltd. (C2C-DBS) dan Marine Crest Technology Sdn. Bhd. (MCT) akan membangunkan secara bersama perkhidmatan marin dan perkhidmatan teknologi tentera laut melalui syarikat yang baru diperbadankan, TCM Innovations Sdn. Bhd.

T7 Marine akan memegang 40 peratus daripada pegangan saham TCM Innovations dengan C2C-DBS dan MCT, masing-masing memiliki 30 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini