Menteri 'diserang' isu kereta terbang - Utusan Malaysia

Menteri ‘diserang’ isu kereta terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof ‘diserang’ dengan isu kereta terbang ketika menjawab Perbahasan Titah Diraja Kementeriannya dalam Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tidak sampai 10 minit baru memulakan sesinya, Mohd. Redzuan dihujani pelbagai soalan mengenai keghairahan menteri itu terhadap kereta terbang.

Ahli pembangkang yang mencelah mempertikaikan beliau kerana komitmen tersebut tidak mengatasi kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menangani masalah rakyat sejak menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

Perang mulut berlaku apabila kereta terbang dikatakan telah menjadi bahan jenaka dalam media sosial termasuk menggunakan teknologi buluh.

Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata, beliau tidak mempunyai masalah terhadap penghasilan kereta terbang, cuma mahukan penjelasan yang lebih munasabah agar tidak menjadi bahan jenaka.

“Kerana usahawan kecil menderita. Pasaran tiada dan tidak berkembang serta bantuan tidak banyak. Menteri pula tumpu kepada kereta terbang, ini yang buat rakyat marah,” katanya ketika mencelah.

Mohd. Redzuan bagaimanapun menafikan kementeriannya tidak memberi tumpuan kepada kumpulan usahawan.

Sebaliknya meminta mereka yang mempersoalkan kementeriannya supaya menyelidik usaha-usaha yang sedang dilakukan Pembangunan Usahawan dan bukannya menjadikan bahan jenaka.

Beliau malah menjelaskan sesiapa sahaja jangan memperlekehkan teknologi kereta terbang atau mobiliti udara lebih-lebih lagi ia mahu dibangunkan oleh rakyat tempatan.

Katanya, menjadi tanggungjawab beliau sebagai menteri untuk merangsangkan industri baharu supaya negara tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia pada masa ini memandangkan telah ada teknologi yang dihasilkan oleh anak Malaysia.

Penjelasan beliau itu membuatkan suasana sidang Dewan Rakyat kembali tenang.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini