Lelaki maut, ibu parah kereta dinaiki dirempuh lori - Utusan Malaysia

Lelaki maut, ibu parah kereta dinaiki dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Seorang lelaki maut manakala ibunya parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di Kilometer 44, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi itu, mangsa, Mah Poh Wah, 42, dan ibunya, Leong Ah Mooi @ Leong Suet Ooi, 72, masing-masing parah di bahagian kepala namun Poh Wah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati lori membawa muatan barangan basah dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun sedang dalam perjalanan ke Pasar Kampar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di tempat kejadian, lori tersebut telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Wira dinaiki dua beranak itu yang sedang dalam perjalanan menuju ke Tapah.

“Akibatnya mangsa dan ibunya yang berada di bahagian penumpang hadapan itu mengalami cedera parag di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Wan Azharuddin, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat manakala ibunya turut dirawat di hospital sama.

“Pemandu lori juga mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini