Pelajar, pensyarah PIS sertai Kembara Eco Johor - Utusan Malaysia

Pelajar, pensyarah PIS sertai Kembara Eco Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMBARA. Seramai 30 orang pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) termasuk tiga pensyarah mereka menyertai Kembara Eco Johor yang dianjurkan selama empat hari tiga malam baru-baru ini.

Ketua program, Nur Athirah Amir berkata, aktiviti yang diadakan itu antara lain bertujuan untuk mendedahkan peserta secara lebih dekat berkaitan industri pelancongan di negeri Johor.

“Selain itu, peserta yang terdiri daripada pelajar semesta empat turut menjayakan serta mempromosikan Eco Tourism di negeri Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Kota Tinggi, Desaru Coast Adventure Waterpark, Tanjung Sepang Beach Resort serta bermalam di Pulau Besar, Mersing bagi mendalami ilmu pengurusan pelancongan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini