SOP baharu berkaitan tahanan autisme - Utusan Malaysia

SOP baharu berkaitan tahanan autisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac- Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mempunyai prosedur operasi standard (SOP) baharu susulan sebuah buku berkaitan Garis Panduan Autisme dilancarkan hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, inisiatif ini diambil susulan tangkapan dilakukan pihaknya yang mendapat reaksi orang ramai berhubung seorang lelaki autisme yang didakwa meraba seorang wanita di sebuah restoran di Subang Jaya, tahun lalu.

“Untuk mengatasi masalah ini, saya telah arahkan satu jawatankuasa ditubuhkan berkaitan SOP baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jawatankuasa itu mengambil kira-kira enam bulan untuk merangka SOP berkenaan termasuk bengkel sebelum merasmikan buku hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan Hari Peringatan Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Fuzi berkata, dua pusat austisme akan dibangunkan di Pulapol Kuala Lumpur dan di Maktab PDRM di Cheras.

“Proses pembinaan akan dilakukan malah kita juga mendapatkan nasihat pakar daripada universiti tempatan berhubung perkara tersebut.

“Selain itu, kita juga ambil perhatian berhubung kira-kira 484 anak warga PDRM yang menghidap autisme di seluruh negara,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini